Tulisan Terakhir
TULISAN TERAKHIR
Ustaz Auni FansSebenarnya keputusan untuk berhenti berdakwah di sini dibuat mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Selepas Rasulullah s.a.w berdakwah di Mekah selama 12 tahun penerimaannya sangat sedikit maka akhirnya Rasulullah s.a.w tinggalkan Mekah dan berhijrah ke Madinah. Meskipun kita tahu Mekah lebih utama daripada Madinah tetapi begitulah adab dalam dakwah. Bila terlalu sikit penerimaannya maka eloklah dicari kumpulan yang lain di tempat yang lain. Berhenti di sini bukan bermakna putus asa atau berhenti dakwah.
Sudah lebih 4 tahun saya berdakwah di sini, dan 2019 sudah terlalu hampir tetapi hasil yang saya dapati tidak seberapa hanya lebih kurang 1% sahaja daripada jumlah friends dan followers yang benar-benar follow secara istiqomah tulisan-tulisan penting saya di sini. Jumlahnya semakin hari semakin merosot. Saya tak terkejut dengan perkara ini kerana dari awal lagi saya sudah meramal ia akan berlaku begitu.
Jika para ulama yang jauh lebih hebat ilmu mereka pun tidak dapat mengubah pemikiran masyarakat kita, inikan pula saya yang ilmu tak sampai sejengkal berbanding ilmu mereka.
Dulu saya memang mempunyai perancangan bermula tahun 2018 saya nak aktif berdakwah kepada orang bukan Islam pula terutamanya kepada penganut agama Kristian kerana ada banyak hujah-hujah dalam kitab mereka yang boleh dihuraikan agar mereka faham fitnah dajjal.
No comments: