2019: Kemuncak Peperangan Dunia ke-3

2019: Kemuncak Tercetus WW3 Semakin Menghampiri

Bukhary Artz Network
'.

Saya pernah menyatakan pandangan saya bahawa peperangan dunia ketiga sebenarnya sudah bermla semasa peperangan di Syria bermula iaitu pada 2011 dan Insya ALLAH kemuncaknya pada 2019 nanti. Kini kita sedang berada di fasa akhir kemuncaknya.


Terima kasih kepada beberapa orang rakan Fb yang telah share berita mengenai ancaman Amerika Syarikat ke atas Korea Utara. Sebenarnya berita melaporkan pemimpin Korea Utara membuat ancaman untuk menyerang kepentingan Amerika Syarikat telah dikeluarkan selepas Amerika Syarikat menerbangkan pesawat pengebom atom di Semenanjung Korea yang membuatkan Korea Utara merasa dirinya terancam. Apa pun hakikatnya Korea Utara ni sejak dari dulu asyik membuat ancaman untuk serang Amerika Syarikat tapi tak pernah memenuhi kata-kata tersebut. Jadi saya tidak bimbang dengan amaran atau ancaman yang dibuat oleh Korea Utara itu.


Tetapi apabila Trump buat ancaman untuk menyerang Korea Utara dengan serangan yang belum pernah disaksikan dunia, maka kita perlu pandang serius kerana Amerika Syarikat ni egonya terlalu tinggi, bila dia cakap sesuatu, lambat laun dia mesti akan buat juga sebab nak jaga ego dia terutamanya pemimpin Republican yang memang gila perang sejak dulu lagi. Apatah lagi jika kita imbas kembali serangan "Mother of Bomb" yang dijatuhkan secara mengejut di Afghanistan beberapa bulan lepas turut membuktikan bahawa Donald Trump memang seorang pemimpin yang sangat merbahaya.


2019 sudah semakin hampir jadi tak mustahil dia cetuskan great war dengan negara yang menjadi proxy Russia dan China di sebelah timur pula iaitu dengan Korea Utara.


Sebenarnya perang Amerika Syarikat adalah dengan Russia dan China. Negara-negara seperti Korea Utara, Iran, Syria, Timur Ukraine adalah antara beberapa buah negara yang menjadi Proxy Russia dan China.


Amerika Syarikat telah cuba melemahkan kedudukan Russia di Timur Eropah dalam perang ke atas Ukraine dan melemahkan kedudukan Russia di Syria dan kini dia sedang berusaha untuk melemahkan Russia dan China di sebelah timur pula dengan menghancurkan North Korea.


Untuk menghancurkan Russia dan China maka perlulah dilemahkan atau dimusnahkan semua proxy-proxy ini terlebih dahulu. Atas sebab itulah Russia dan China sentiasa campurtangan apabila ketegangan berlaku antara Amerika Syarikat dengan negara-negara proxy mereka.


Saya tidak rasa China dan Russia akan berdiam diri jika Korea Utara diserang. Walau bagaimanapun semua ni bukanlah satu kejutan untuk kita sebab sejak dulu lagi saya telah nyatakan mengenai kemuncak WWIII ini akan terjadi sebelum atau pada 2019. Dan kini ia semakin menjadi realiti.


Cuma apa yang penting kita perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dalam semua sudut dari semasa ke semasa kerana kita juga tidak akan terlepas dari tempias peperangan yang dicetuskan oleh kuasa besar ini.


Saya tidak menyatakan kita akan diserang secara langsung tetapi apa yang saya maksudkan ialah kesan yang terpaksa kita tanggung dari sudut ekonomi, kehidupan sosial dan lain-lain yang berpunca daripada peperangan tersebut. WALLAHU a'lam, Wassalam.


Karangan Asal Abdul Khalid. 9/8/2017


Trumps vows to Answer North Korea’s Nuclear Threats with “fire and fury”

No comments:

Powered by Blogger.