CARA SUJUD RASULULLAH S.A.W DALAM SOLAT
CARA RASULULLAH S.A.W SUJUD DALAM SOLAT
PembelajaranJumhur para Ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah sepakat mengatakan Rasulullah s.a.w sujud di atas tanah dalam solat. Berikut adalah bukti-bukti daripada hadis sahih yang mewajibkan sujud di atas tanah ketika solat.
“Tidak sah solat seseorang bila hidung dan dahinya tidak menekan ke tanah”. Hadis riwayat Daraqutni, Tabrani dan Abu Nu’aim.
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”. Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Abû Sa’îd al-Khudrî berkata: ” Aku melihat Rasulullâh Saw pada dahinya terdapat bekas-bekas tanah dan air.[ Lihat Sunan an-Nasâ’î, pada Bab as-Sujud ‘alal Jabin. jilid 2, hal 208]
Abu Hurairah berkata: ” Aku melihat Rasullah Saw melakukan sujud pada hari turun hujan dan pada dahi beliau terdapat bekas-bekas tanah.[ Lihat Majmauz Zawâid, jilid 2, hal 126]
Bolehkah kita sujud di atas batu jika kawasan tersebut tidak ditemui tanah kerana tanah kebanyakkan telah disemen, ditar dan sebagainya ?
Dari Abdullah bin Abbas, “Sesungguhnya Nabi saw sujud di atas batu.” (Sunan Baihaqi Juz 2 hal 102)
“Baginda menekankan hidung dan dahinya ke tanah. Dan juga baginda bersabda: Apabila kamu sujud, sujudlah dengan menekan”. Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad.
“Baginda menekankan juga kedua lututnya dan bahagian depan kedua telapak kakinya ke tanah”. Hadis riwayat Baihaqi.
Saleh As-Sabaî berkata bahwa pernah Rasulullâh Saw melihat seseorang melakukan sujud dan di sampingnya terdapat surbannya yang menghalangi. Lalu Rasulullâh Saw menyingkap surbannya itu dari dahinya.[ Lihat Sunan Al-Baihaqî, jilid 2, hal 105]
Ayat bin Abdullah berkata : Pernah Rasulullâh Saw melihat seseorang melakukan sujud di atas surbannya. Lalu beliau memberi isyarat kepada orang tersebut dengan tangan beliau supaya orang itu mengankat surbannya dan beliau memberikan isyarat kepada dahi beliau, yang maksudnya supaya orang tersebut menyentuhkan dahinya di atas tanah.[ Lihat Sunan Al-Baihaqî, jilid 2, juga hal 105]
Hadis serban di atas jelas kepada kita, kain tidak boleh ada pada dahi ketika sujud.
Tapi bagaimana pula ada hadis dikatakan Rasulullah s.a.w pernah menghamparkan kain ketika solat ?
Penggunaan Tikar atau Kain hanya dibolehkan dalam keadaan darurat (SANGAT).
Ibnu ‘Abbâs berkata: ” Aku melihat Rasulullâh Saw melakukan salât dengan kisâ (sejenis kain) yang berwarna putih pada waktu subuh yang sangat dingin. Untuk menghindar dari dingin, beliau menghamparkan kisâ itu pada tangan dan kaki beliau.[ Lihat Sunan al-Baihaqî, jilid 2, hal. 106]
Pada bagian lainnya Ibnu ‘Abbâs berkata: ” Aku melihat Rasulullâh Saw pada hari turun hujan, beliau menghamparkan kisâ tersebut di atas tanah untuk kedua tangan beliau ketika melakukan sujud.[ Kitab Sîratunâ wa Sunnatunâ, hal. 132, menukil dari Ahmad bin Hanbal]
Riwayat-riwayat ini menunjukkan dan menjelaskan bahwa Rasulullâh Saw beralaskan kisâ dan aba’ah-nya di atas tanah yang memisahkan antara kedua tangan dan kaki beliau tetapi bahagian dahinya tetap menyentuh tanah. Kaum muslimin dan ulama seluruhnya telah bersepakat bahwa keadaan darurat itu menjadikan sesuatu yang sebelumnya dilarang boleh dilakukan. Seperti memakan daging babi ia dibolehkan apabila darurat tetapi bagaimana jika seseorang muslim makan daging babi setiap hari apakah dibolehkan ? Tetapi sayangnya pada hari ini orang menjadikan penggunaan sejadah dalam solat setiap kali solat malah mereka membeza-bezakan pula tempat sujud mereka. Jika Imam, dia dilebihkan dari sehelai sejadah, manakala makmum pula cuma layak untuk sujud di atas 1 helai sejadah saja. Perbuatan seperti ini bertentangan dengan hukum Allah, bertentangan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w dan membatalkan solat.
Atas sebab itu jugalah Imam Syafie dalam kitab Fekahnya dalam bab solat mensyaratkan kain boleh dilapik di bahagian tangan dan kaki tetapi tidak boleh di dahi iaitu tempat sujud.
Jika keadaan tidak begitu memaksa untuk penggunaan kain hamparan ketika solat maka tidak boleh menggunakan kain hamparan, buktinya seperti hadis di bawah :-
Dari Al-Khubabb bin Arat (seorang sahabat) berkata, “Kami mengeluh kepada Rasulullah saw sangat panasnya di dahi dan di telapak tangan kami (di waktu kami sujud) dan Beliau saw tidak menjawab keluhan kami.” (Sunan Baihaqi juz 2 hal 106)
Mungkin kerana cuaca tidak begitu panas bagi pandangan Rasulullah s.a.w oleh itu Rasulullah tidak menuruti kemahuan sahabat.
“Sempurnakanlah ruku’ dan sujud kamu sekalian”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Kenapa sujud dan ruku saja, yang lain tak perlu dibuat dengan sempurnakah ? Rasulullah s.a.w berkata begitu kerana kebanyakkan manusia mengabaikan kesempurnaan rukuk dan sujud. Mereka tidak mahu rukuk dengan sempurna dan tidak mahu sujud dengan sempurna.
“Pencuri yang paling buruk ialah pencuri dalam solat, para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah bagaimana mencuri dalam solat ? Sabdanya iaitu tidak menyempurnakan ruku dan sujud”. Hadis riwayat Ibnu Syaibah, Tabrani dan Hakim.
‘Âisya berkata : ” Aku tidak pernah melihat Rasulullâh Saw menyandarkan wajahnya (dahinya) ketika salât dengan sesuatu apa pun, selain di atas batu atau tanah, ketika beliau melakukan sujud.[ Lihat al-Musannif, jilid 1, hal.397 dan Kanzul Ummâl, jilid 4, hal. 212]
Masruq bin Ajda (seorang faqih dan ulama kalangan tabi’in dan termasuk murid Abdullah bin Mas’ud), dia membuat untuk dirinya segenggam tanah dari Madinah al Munawarah untuk dipakai sujud olehnya dan diapun senantiasa membawa tanah tersebut di setiap perjalanannya, khususnya jika ia safar di atas kapal laut (Thabaqat ibnu Sa’ad juz 6 hal 53)
“Umar bin Abd Aziz salah seorang khalifah bani umayyah ketika sujud tidak hanya dengan memakai tikar sebesar wajah yg terbuat dari ranting pohon kurma, bahkan dia menaruh di atasnya tanah dan dia sujud di atasnya (Syarah al-Ahwadzi Juz 1 hal 272 – Fathul bari juz 1 hal 410)
Dalam sejarah pada awalnya mesjid tidak menggunakan permadani, tapi hanya sebidang tanah yang dipagari dengan pagar pendek. Oleh itu ia akan berdebu dan lembab ketika hujan. Pada waktu itu sahabat tetap sujud di sana, karena larangan rasul saw untuk sujud atas selain dari tanah.
Al-Bukhârî mengeluarkan riwayat di dalam kitab Sahih-nya dengan sanad Ibnu ‘Umar yaitu ‘Abdullâh bin ‘Umar. Dia berkata bahwa sesungguhnya masjid pada masa Rasulullâh Saw telah dibangun dengan labin – semacam bata – sedangkan atapnya dari pelepah kurma dan tiangnya dari pohon kurma dan Abû Bakar ketika itu tidak menambahkan apapun pada masjid itu. Dan pada masa ‘Umar ditambahkan sedikit dan dibangun sebagai tambahan bangunan pada zaman Rasulullâh Saw. Pada zaman Khalîfah ‘Umar, dia menambahkan bangunan itu sedikit dan tetap menggunakan tiangnya dari kayu. Kemudian ‘Utsmân merubahnya lagi dan menambahkan yang lebih banyak serta membuat temboknya dari batu-batu yang diukir dan berikut tiang-tiangnya. Sedangkan atapnya dibuat dari saj(nama jenis kayu) .[ Lihat Sahih al-Bukhâri, jilid 1, hal. 93, Bab Bunyânul Masâjid dan Fathul Bârî Jilid 2, hal. 86 dan As-Sunanul Kubrâ, Jilid 2, hal 438]
As-Samhûdî di dalam kitab Tabaqât Ibnu Sa’ad, jilid 3, hal. 283-284. Dan Manâqib’ Umar Ibn al-Jauzî, Hal. 63, bukti sebelumnya juga menukil dari Ibnu Sa’ad. Ia berkata bahwa ‘Umar bin Khattâb menghampari dan meletakkan batu-batu kerikil di dalam masjid Rasulullâh Saw. Dan sebelum masjid itu dihampari dengan batu-batu, orang-orang ketika melaksanakan salât mengangkat kepala-kepala mereka dari sujud, mengusapkan debu-debu di dahi mereka dengan tangan- tangannya. Kemudian setelah itu ‘Umar bin Khattâb memerintahkan untuk menghampari masjid itu dengan batu-batu. Maka didatangkanlah batu-batu itu untuk dijadikan sebagai hamparan masjid tersebut.
Al-Baihaqî di dalam kitabnya As-Sunanul Kubrâ telah mengeluarkan satu riwayat yang sanadnya dari Urwah bin Zubair. Ia berkata : ” Sesungguhnya orang yang pertama kali menghampari masjid Rasulullâh Saw dengan batu-batu adalah Umar bin Khattâb. Ia pernah berkata kepada orang-orang : “Hamparilah masjid ini dengan wadi atau batu-batu yang penuh berkah yakni al aqiq” . [Lihat As-Sunanul Kubrâ, Jilid 2, Hal. 441 dan Manâqib ‘Umar oleh Ibnul Jawzî, Hal. 63]
As-Samhûdî berkata : ” Dapatlah ditarik kesimpulan dari ucapan-ucapan sejarawan bahwa sesungguhnya penghamparan masjid Nabi Saw (Masjid Nabawi) itu terjadi pada masa Khalîfah ‘Umar bin Khattâb.
Dengan demikian telah jelaslah buat kita dengan pemaparan bukti-bukti di atas bahwa tanah di dalam Masjid Nabawi Asy-Syarîf itu tidak pernah dihampari dengan batu-batu dan kerikil-kerikil hingga pada masa ‘Umar bin Khattâb. Dialah orang yang pertama kali yang merubah masjid tersebut dan menghamparinya dengan batu-batu aqiq. [Wafâul Wafâ bi akhabâril Mustafâ, Jilid 1,Hal.473]
Jadi kenapa para imam pada masa sekarang juga menggunakan sejadah jika mereka tahu itu sesuatu yang di larang ?
Ia bermula dengan keterpaksaan disebabkan pemerintah yang zalim tetapi lama kelamaan menjadi kebiasaan hingga dianggap tiada lagi salah kerana para tabii (ulama-ulama dulu) juga solat begitu maka tidak salah kita solat begitu. Sebenarnya para tabii terpaksa solat begitu dan bukannya atas kerelaan mereka. Buktinya adalah seperti catatan di bawah :-
Ulama Ahlul Sunnah yang terkenal iaitu Imam Al-Ghazâlî dalam kitabnya Ihyâ ‘Ulumûddîn berkata : ” Sesungguhnya ketika itu perbuatan menghampari masjid Nabawi dengan bawari atau tikar dianggap sebagai perbuatan bid’ah dan ada yang mengatakan bahwa hal itu dilakukan oleh Hajjâj bin Yusuf. Sebelum itu orang-orang tidak menempatkan sesuatu penghalang antara dahi-dahi mereka dengan tanah ketika mereka sujud.[ Lihat Ihyâ ‘Ulumûddîn, jilid 1, hal. 80]
Qatâdah berkata bahwa ia melakukan sujud kemudian kedua matanya tertusuk oleh bagian tikar itu hingga ia menjadi buta, ia berkata : ” Semoga Allâh melaknat Hajjâj. Ia telah membuat bid’ah dengan menghampari masjid ini dengan Bawari (sejenis tikar).[ Lihat Ittihâful Muttaqîn, jilid 1, hal.727]
Kita lihat bagaimana Qatadah seorang tabii melaknat Hajjaj bin Yusuf kerana perbuatan bidaah menghamparkan tikar di masjid. Ini membuktikan mereka tidak rela tetapi terpaksa kerana Hajjaj bin Yusuf dikenali seorang yang sangat zalim.
Siapakah Hajjaj bin Yusuf ?
Seorang Gabenor Bani Umayyah di bawah pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan. Lahir 30 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Berikut adalah kesaksian yang diberikan oleh para tabii yang direkodkan dalam kitab ulama awal dahulu mengenai dirinya.
Ibnu Hazm mengatakan: Kami tidak mengetahui seorangpun dari sahabat berhalangan untuk shalat dibelakang Al-Mukhtar, Ubaidullah bin Ziyad dan Al-Hajjaj dan tiada orang fasiq yang lebih fasiq dari mereka. [Al Muhalla:4/302 dinukil dari dari Mauqif Ahlissunnah:1/351-352]
Mereka bersolat di belakangnya tidak bererti mereka merelakannya sebagai orang yang baik.
Al Hasan Al Basri ditanya tentang shalat di belakang ahli bid’ah maka beliau menjawab: Shalatlah, dan bid’ahnya ditangung imam itu sendiri [HR. Al Bukhari secara mu'alaq dan Sa'id bin Manshur dinukil dalam Fathul Bari:4/182 karya Ibnu Rajab dan Fathul Bari, Ibnu Hajar :2/188]
Kita telah mengkaji teks-teks, dalil-dalil dan bukti-bukti di atas bahwa Rasululllah Saw dan kaum muslimin yang melaksanakan salât bersama Rasulullâh Saw di dalam masjid tersebut. Ketika itu mereka melakukan sujud di atas tanah yang masih murni. Hingga pada masa ‘Umar bin Khattâb, dialah orang yang pertama kali menghampari lantai masjid itu dengan batu-batu yang berasal dari lembah.
Sejak saat itu kaum muslimin melaksanakan salât di masjid tersebut dan mereka melakukan sujud di atas batu-batu yang menjadi penghalang antara dahi-dahi mereka dengan tanah. Kemudian datanglah Hajjâj bin Yusuf. Ia adalah gubernur yang dilantik oleh ‘Abdul Mâlik bin Marwân pada masa Khalifâh Banî Umayyah untuk memerangi sahabat rasulullah Ibnu Zubaîr. Ketika itu penduduk Haramain – Mekah dan Madinah – tertimpa kesengsaraan dan kesusahan akibat terjadinya peperangan. Dialah – Hajjâj bin Yusuf – yang melempari Ka’bah dengan manjaniq (alat perang semacam ketapel yang berukuran besar) dan telah membunuh lebih dari 100.000 orang di luar medan peperangan dan 30.000 kaum muslimat, 16.000 dari mereka itu hidup dalam keadaan telanjang di penjara.[ Lihat Murûjudz Dzahab, jilid 3, hal. 166]
Ada segelintir manusia di zaman ini cuba membela Hajjaj dengan mengatakan cerita mengenai kezalimannya itu palsu. Jawapanku lagi, apakah Imam Ghazali dan ulama-ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah di zaman awal Islam tidak berhati-hati hingga memasukkan cerita palsu berkaitan Hajjaj dalam kitab mereka ? Jika ada pihak mengatakan itu adalah bohong maka apakah kitab ulamak tersebut tidaklah boleh lagi digunakan sebagai rujukan kerana banyak cerita bohong tertulis di dalammya ? Adakah majoriti ulama pada masa ini yang mengakui kezaliman Hajjaj juga sedang berbohong ?
Sesetengah orang cuba menutup kejahatan Hajjaj ini dengan mengatakan ianya palsu, dan berkata jika benar hajjaj jahat mustahil sahabat akan bersolat dibelakangnya sedangkan bukti diatas menunjukkan mereka menjadikan Hajjaj sebagai imam bukan atas kerelaan. Kita perlu mengenali Hajjaj kerana dia merupakan orang yang telah mengubah ajaran Rasulullah s.a.w hingga kita hari ini tidak menyedari melakukan kesalahan yang besar dalam solat.
Seruanku kepada pembela Hajjaj, janganlah kalian cuba menutupi perbuatan salah sesetengah individu hanya kerana membenci sesetengah golongan lain atau kerana kalian diajar untuk menyayanginya. Penyelewengan kalian akhirnya tetap akan terbongkar kerana bukti sejarah terlalu kuat dan terlalu ramai saksinya. Ramai ulama Ahlul Sunnah zaman ini juga mengakui kezalimannya meskipun sesetengah mereka cuba membelanya dengan menceritakan kononnya dia pada masa yang sama menghormati tetamu. Apakah seorang yang membunuh begitu ramai ulama boleh dikira mulia hanya kerana memuliakan seorang dua tetamu ? Kalian benar-benar telah mengelirukan umat atas perkataan kalian itu. Kalian tidak lebih daripada manusia yang suka mengikut saja apa yang diajar oleh guru kalian dari kalangan bangsa Arab. Mereka mengajar kalian untuk mencintainya dan kalian pula mengajar umat ini untuk mencintainya sedangkan kalian menyedari dia tidak dapat diterima dikalangan orang-orang yang soleh. Allah s.w.t benar-benar mengetahui apa yang kalian sembunyikan dalam hati kalian. Takutlah Allah, apakah keuntungan yang kalian dapat dengan membela orang sangat fasik seperti ini ? Ingatlah orang-orang Arab amat menitikberatkan bangsa/kabilah, mereka akan memperelokkan kejelekan bangsa mereka kerana itulah prinsip mereka. Dahulunya kabilah Nabi Muhammad s.a.w membela Nabi Muhammad s.a.w meskipun mereka tidak mahu beriman dengannya. Jadikanlah itu sebagai iktibar apabila mempelajari sesuatu dari orang Arab. Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kalian untuk bercakap sesuatu atas kebenaran kerana Allah dan RasulNya.
Rasulullah s.a.w bersabda “Dan berjaga-jagalah kamu daripada mengada-adakan perkara agama kerana SETIAP yang diada-adakan dalam agama itu bidaah dan SETIAP bidaah itu membawa kesesatan” – (Abu Daud, Ibn Majah, at-Tarmizi, Sahih)
“Sesungguhnya sebenar-benar perkataan ialah Kitab Allah (Al Quran) dan sebaik-baik panduan adalah panduan Muhammad dan seburuk-buruk perkara apa yang diada-adakan dalam agama dan SETIAP yang diada-adakan itu bidaah dan SETIAP bidaah itu menyesatkan dan setiap yang menyesatkan membawa ke neraka” (An-Nasai, Sahih)
InsyaAllah tidak lama lagi akan kutulis penjelasan mengenai salahfaham umat ini berkaitan dengan bidaah. Di sini saya cuba memetik sedikit sahaja hadis berkaitannya agar tidak lari dari topik perbincangan.
‘ Umar bin ‘Abdul ‘Azîz pernah menulis surat kepada ‘Udaî bin Artâh. Ia berkata : ” Telah sampai berita kepadaku bahwa engkau telah mengerjakan sunnahnya Hajjâj. Aku nasihatkan janganlah engkau mengerjakan sunnah tersebut karena sesungguhnya ia salât tidak pada waktunya. Ia pun mengambil zakât bukan dari orang yang berhaq diambil zakâtnya dan ketika ia melakukan hal itu, ia telah membuat kerusakan.[ Lihat Sîrah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz oleh Ibnul Jawzî, hal. 88-89].
Kesimpulannya ajaran penggunaan sejadah di masjid berasal daripada penguasa bernama Hajjaj bin Yusof yang dipaksakan atas rakyat dan Umar bin Abdul Aziz telah mengutuknya, tabii dizaman Hajajj pula melaknatnya atas perbuatan bidaah ini. Ingatlah akan firman Allah seperti berikut dalam surah Al Ahzab ayat 67 :
“Dan mereka berkata : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mengikut orang-orang mulia dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami, dari jalan (Engkau).”
Dengan membaca dan mengkaji riwayat-riwayat dan kitab-kitab di atas keadaan dan perkembangan masjid pada masa Rasulullâh Saw dan khalîfah yang empat, dapatlah kita ketahui dengan jelas dan pasti bahwa masjid-masjid ketika itu lantainya tidak dihampari dengan karpet, permadani, ataupun sajadah, bahkan juga tidak dihampari dengan tikar yang terbuat dari daun-daun dan pelepah korma atau dedaunan pohon-pohon lainnya. Apakah ini berarti ketika itu belum ada permadani, karpet atau sajadah? Tidak demikian. Karena sejarah menjelaskan baik secara langsung ataupun tidak bahwa kain-kain tebal dan permadani sudah ada sejak sebelum lahir Rasulullâh Saw tetapi hukum mengharamkan sujud di atasnya dan menjadikan solat tidak sah kecuali dalam keadaan darurat seperti, hujan, tanah teras panas terik, kesejukkan yang amat sangat, sakit atau dalam tahanan ditempat yang tidak dijumpai tanah.
“ Demi Tuhanmu, sungguh mereka tidak beriman sehingga mereka bertahkim kepadamu, wahai Muhammad tentang sesuatu yang mereka ributkan dan mereka ihtilafkan diantara mereka kemudian setelah itu mereka tidak merasa kesempitan di dalam diri mereka terhadap apa yang telah engkau putuskan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisâ : 65)
“ Dan tidak sepatutnya bagi seorang mukmin laki-laki dan perempuan, apabila Allâh dan Rasulnya telah menetapkan suatu perkara atau suatu hukum, mereka membuat pilihan lain dan barang siapa yang menderhakai Allâh dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah berada dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Ahzâb: 36 ).
“ Sungguh adalah Rasulullâh Saw merupakan suri teladan yang baik untuk kalian semua yaitu bagi orang-orang yang mengharapkan perjumpaan dengan Allâh dan hari akhirat dan mengingat Allâh sebanyak- banyaknya.” (Qs. Al-Ahzâb : 21)
Dengan uraian di atas dapatlah kita pahami bahwa menyentuhkan dahi ke atas tanah bukanlah suatu hukum biasa tetapi merupakan ketetapan Allâh dan Rasul-Nya serta perilaku para sahabat dan para tabi’in.
Jelaslah bahwa meletakkan dahi di atas tanah ketika salat merupakan kewajiban yang tidak bisa ditawar-menawar ketika tidak ada halangan. Dan sujud di dalam syari’at Islâm tidaklah sah dan tidak dapat dinamakan sujud apabila dahinya itu tidak menyentuh bagian tanah secara langsung.
Dengan demikian, bahwa hukum asal atau hukm awwalî sujud dalam salât adalah wajib meletakkan dahi di atas tanah. Sedangkan hukm tsanawî ataau hukum ke dua yaitu ketika dalam keadaan darurat, – dalam pembahasan kita ini – maka dibolehkan meletakkan dahi di atas kain.
Selepas berlalu zaman demi zaman manusia mengubahnya sedikit demi sedikit sehingga sunnah Rasulullah s.a.w dilihat asing dalam Islam. Kini apabila seseorang solat tidak menggunakan sejadah maka akan dipandang rendah dan dianggap tidak melakukan solat dengan sempurna.
Pada mulanya dihamparkan sehelai sejadah, selepas itu dibezakan pula sejadah imam dan makmum. Imam diletakkan beberapa helai sejadah. Selepas itu dicetak pula gambar kaabah di atas sejadah dan selepas solat ramai-ramai berjalan sambil memijak-mijak kaabah itu. Begitulah yang sedang berlaku di masjid pada hari ini dan itulah akibat berdusta terhadap rasulullah s.a.w. Mereka fikir untuk melakukan yang lebih baik dalam solat, apakah cara solat Rasulullah s.a.w tidak terbaik bagi mereka? Akal kita tidak akan mampu untuk menentukan hal-hal agama. Buktinya seperti contoh di atas, mereka menyangka baik meletakkan gambar kaabah di sejadah tetapi akhirnya dipijak-pijak orang selepas menunaikan solat. Jika semua orang tetap dengan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang telah ditetapkan nescaya tidak terjadi semua kemungkaran seperti ini.
Jika kita bangkitkan persoalan mengenai sujud ini kepada orang-orang yang mengaku diri sebagai ustaz di negara kita, maka mereka akan menjawab ianya khilaf di antara ulama. Ia perkara furu’ dan tak perlu dipertikaikan. Itulah cara mudah untuk menamatkan perbincangan mengenai perkara ini.
Persoalannya bolehkah perkara seperti ini di khilafkan sedangkan terdapat dalil yang jelas daripada Al Quran dan Sunnah menunjukkan ianya sesuatu yang wajib dilakukan ? Bagaimana boleh dikatakan ianya furu’ (perkara cabang) sedangkan ia termaktub dalam Al Quran yang menekankan mengenai menjaga rukuk dan sujud ? Soalan-soalan ini tidak akan dijawab dengan dalil sebaliknya akan dijawab dengan mengemukan pendapat manusia untuk menghalalkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya.
Jika dikatakan khilaf sekalipun, adakah kita akan meminum air yang dikhilafkan beracun dan tidak beracun? Sudah tentu kita akan memilih untuk tidak meminumnya kerana jika benar-benar air itu beracun kita terselamat kerana tidak meminumnya. Begitulah juga dalam perkara ini. maka lebih baik kita memilih untuk tidak meletakkan dahi kita di atas kain/tikar/sejadah kerana dibimbangi solat kita tidak diterima oleh Allah s.w.t. Dan ingatlah kita mesti mengutamakan hukum-hukum yang lebih berat dalam ibadah yang wajib.
Para pembaca yang budiman hendaklah kita sedar bukan semua yang diamalkan dalam agama pada hari ini dipersetujui oleh semua ulama walaupun kita melihat mereka juga melakukannya, ada diantara mereka berat dihati untuk melakukannya kerana mereka tahu itu salah tetapi kerana tidak ada kekuatan mengubahkan maka mereka meneruskannya. Sesekali kita mendengar dalam ceramah mereka menegur sesetengah amalan yang dibuat oleh kebanyakkan umat Islam. Dan mereka akan disisihkan apabila menegur amalan yang telah menjadi kebiasaan. Mereka inilah sebenar-sebenar ulama yang berani mencegah kemungkaran. Mereka tidak bercakap untuk mencari pengaruh tetapi bercakap atas kebenaran walaupun tidak disukai oleh kebanyakan umat Islam.
Pada hari ini Allah s.w.t telah memelihara semua catitan-catitan ini hingga sampai kepada pengetahuan kita dan ini juga menjadi ujian ke atas keimanan kita. Apakah kita masih mahu meneruskan amalan nenek moyang kita yang jelas bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah atau kita memilih mentaati Allah dan RasulNya yang mulia ? Siapakah yang lebih mengetahui cara yang terbaik untuk sujud kepada Allah jika bukan Allah dan RasulNya ? Tidakkah kalian berfikir mengenai perkara ini ?
Oleh itu saya menyeru kaum muslimin agar mengambil serius perkara ini kerana inilah perintah utama selepas Mengucap Dua kalimah Shahadah dan perkara yang mula-mula akan disoal diakhirat kelak dan juga merupakan perkataan terakhir yang diucap oleh Rasulullah s.a.w sebelum menghembuskan nafas yang terakhir iaitu “Umatku, Solat, Solat, Solat”.
KESIMPULANNYA, setelah berpandukan kepada semua dalil di atas maka wajib dahi menyentuh tanah ketika sujud, tidak boleh dilapikkan dengan kain atau apapun yang menghalangnya daripada menyentuh tanah kecuali dalam keadaan darurat seperti keadaan tanah yang terlalu panas atau sejuk atau jika tidak dapat ditemui tanah maka wajib dahi diletakkan di atas lantai batu (batu unsur dari tanah juga).
Sekian, Wassalam.
Karangan asal: Abdul Khalid Abdul Aziz. Ditulis pada 25/12/2012.
No comments: