APA KESALAHAN KITA DENGAN ILMU? SELAMATKAN DIRI DARI FITNAH
APA KESALAHAN KITA DENGAN ILMU?
Bukhary Artz '.Adalah menjadi kesilapan besar bila seseorang beranggapan dengan ilmu yang mereka ada maka semestinya mereka akan terselamat daripada fitnah dan dosa. Hakikatnya jika benarlah ilmu sudah cukup untuk menyelamatkan seseorang daripada jatuh ke dalam fitnah dan dosa nescaya tiadalah orang-orang berilmu bergelumang dosa saban hari dan tidaklah Iblis itu jatuh dalam laknat ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA sedangkan dia adalah antara makhluk ALLAH yang paling tinggi ilmu pengetahuannya.
Jadi pemahaman yang betul ialah dengan rahmat ALLAH jualah kita diselamatkan daripada jatuh ke dalam dosa. Ilmu cuma penunjuk jalan sahaja, dan rahmat itulah kekuatan untuk kita beramal dengan ilmu yang kita pelajari. Cara paling mudah untuk mendapat rahmat ALLAH ialah dengan memperbanyakkan istiqhfar, memohon keampunan atas dosa kita dan mengamalkan ayat ke 10 daripada surah Al Kahf. Insya ALLAH, WALLAHU a'lam, Wassalam.
10 AYAT PERTAMA AL KAHF
No comments: